| Alwanizolkifli | CikGaram

Focusing on your relationship with Allah, does not mean you burn the world around you.

168 notes

Langit itu Kiblat Doa

aminsaha:

alwanizolkifli:

Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat.

Sepertimana kita menghadap ke arah ka’bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka’bah akan tetapi kerana ka’bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam.

Baru ngaji pagi tadi :D

apa lagi. share la ilmu tu. hehe

19 notes

Terlalu banyak bukti ulama-ulama muktabar yang mengkafirkan akidah mujassimah.

Tetapi wahabi-wahabi di Malaysia masih tetap dengan akidah mereka (mengatakan Allah itu dilangit/di atas Arasy/Allah itu berjisim dll) DAn mereka tetap terus menyesatkan umat Islam, disebalik nama “pejuang Islam” bertopengkan AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH (ASWJ).


Berdoalah semoga wahabi yang beriktiqad seperti ini diberi hidayah oleh Allah.


Ameen.

Terlalu banyak bukti ulama-ulama muktabar yang mengkafirkan akidah mujassimah.

Tetapi wahabi-wahabi di Malaysia masih tetap dengan akidah mereka (mengatakan Allah itu dilangit/di atas Arasy/Allah itu berjisim dll) DAn mereka tetap terus menyesatkan umat Islam, disebalik nama “pejuang Islam” bertopengkan AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH (ASWJ).


Berdoalah semoga wahabi yang beriktiqad seperti ini diberi hidayah oleh Allah.


Ameen.

97 notes

apa perasaan kita kalau orang ungkit kisah gelap kita? sedangkan kita sedang cuba perbaiki diri?

Fikir.

apa perasaan kita kalau orang ungkit kisah gelap kita? sedangkan kita sedang cuba perbaiki diri?

Fikir.

12 notes

Anonymous asked: Akak Saya dipinang Oleh seseorg lelaki yg biasa2 Mksdnya xalim sgt la. Biasa2 aje Saya ad bca klu nk psgn hidup plih lelaki yg beragama Dia hndkkn Saya sbb berhrp Sya bole bimbing dia jga agma dan bole didik ank2 dgn baik. Mcm mn nie akk?? Mnx pndpt

Salam.

Pendapat akak, kalau nk tunggu lelaki sempurna, sampai kiamat pun tak jumpa.

Jika ada yg kamu senangi dirinya, peribadinya, agamanya, dan MAHU PERBAIKI diri jadi lebih baik bersama, otu pun sudah memadai.

Rezeki dan jodoh setiap manusia berbeza. Apa2 pun, istikharah la. Minta dgn Allah. Adakah Hati tu senang atau tiDak dgn keputusan tu.

Bincang dgn family. Nak kahwin, bukan hidup bersama satu hari. Tapi seumur hidup insyaAllah.

Moga Allah beri yg terbaik utk adik ya :)
Ameen.

Wallahualam.

168 notes

Langit itu Kiblat Doa

Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat.

Sepertimana kita menghadap ke arah ka’bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka’bah akan tetapi kerana ka’bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam.

Filed under ASWJ Islam peace love kiblat doa solat

41 notes

10 Ayat Pertama Surah Al Kahfi : InsyaAllah Terpelihara dari Fitnah Dajjal (Sahih Bukhari)

Sabda baginda RasulAllah Sollallahu alayhiwassallam..
..”sesiapa yang membaca 10 ayat pertama dari surah ini, insyaAllah akan terpelihara dari fitnah dajjal.”
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
  1. ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ 
  2.  قَيِّمً۬ا لِّيُنذِرَ بَأۡسً۬ا شَدِيدً۬ا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنً۬ا
  3. مَّـٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدً۬ا 
  4.  وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدً۬ا 
  5.  مَّا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ۬ وَلَا لِأَبَآٮِٕهِمۡ‌ۚ كَبُرَتۡ ڪَلِمَةً۬ تَخۡرُجُ مِنۡ أَفۡوَٲهِهِمۡ‌ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبً۬ا 
  6.  فَلَعَلَّكَ بَـٰخِعٌ۬ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَـٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا
  7.  إِنَّا جَعَلۡنَا مَا عَلَى ٱلۡأَرۡضِ زِينَةً۬ لَّهَا لِنَبۡلُوَهُمۡ أَيُّہُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬ 
  8. وَإِنَّا لَجَـٰعِلُونَ مَا عَلَيۡہَا صَعِيدً۬ا جُرُزًا
  9.  أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَـٰتِنَا عَجَبًا
  10.  إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا 

maksud:

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1) 

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) 

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3) 

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. (4) 

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5) 

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7) 

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (8) 

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) 

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (10)

Filed under quran kahfi dajjal hadis sahih bukhari